Saturday, October 30, 2010

tentang jentera

Tahap penggunaan jentera, mesin dan peralatan pembinaan dalam proses pembinaan dapat
menunjukkan teknik pembinaan yang diamalkan oleh kontraktor, sama ada pembinaan
dijalankan berorientasikan ‘wet trade’ atau secara sistem binaan berindustri (IBS).
Walaubagaimanapun, dalam proses pembinaan terdapat beberapa jenis jentera, mesin serta
peralatan yang merupakan keperluan asas seperti kren, jenkaut dan jentolak. Tanpa jentera,
mesin dan peralatan asas ini, kerja-kerja pembinaan akan terganggu.
Binaan yang berorientasikan atau berintensifkan jentera dan mesin mampu meningkatkan
produktiviti melalui tempoh siap yang lebih cepat, menggurangkan pembaziran bahan binaan
dan kualiti kerja yang konsisten. Penggunaan sistem binaan berintensifkan modal ini
kebiasaannya menggunakan pekerja yang kurang tetapi berkemahiran dan kompeten. Upah
pekerja-pekerja kategori ini lazimnya lebih tinggi daripada pekerja am. Penggunaan jentera,
mesin serta peralatan berat melibatkan kos yang tinggi. Ini sekali gus melonjakkan harga / kos
projek dan meningkatkan nilai ditambah perkhidmatan pembinaan.
Binaan berintensifkan modal belum lagi diamalkan secara meluas dalam kerja kejuruteraan
bangunan tetapi telah menjadi kelaziman dalam kerja-kerja kejuruteraan sivil terutama
pembinaan jalanraya dan jambatan serta ‘flyover’. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa
projek bangunan pejabat Kerajaan dan bangunan kediaman kakitangan Kerajaan telah mula
menggunakan komponen pasang siap seperti pembinaan kuarter guru, bangunan Kerajaan di
Putrajaya serta kuarter kakitangan awam di Putrajaya. Komponen pasang siap memerlukan
penggunaan jentera, mesin dan peralatan secara intensif dalam aktiviti pembinaan. Proses
berintensifkan modal ini dapat memendekkan masa siap, kualiti yang konsisten dan lebih
produktif. Sehingga kini belum lagi berlaku kekurangan jentera, mesin dan peralatan yang boleh
menjejaskan sektor ini.
*Koleksi Pertanyaan Lazim Ekonomi Binaan

No comments:

Post a Comment